Penulis & Pelajar Praktikal

Kumpulan Media Lowyat merupakan organisasi media terunggul di Malaysia dengan barisan portal gaya hidup popular seperti MURAI.MY dan DIVA.MY yang menjadi pilihan nombor satu rakyat Malaysia.

Kini kami sedang mencari calon yang berkebolehan untuk mengisi kekosongan posisi PENULIS dan PELAJAR PRAKTIKAL dengan kadar segera. Artikel anda akan dibaca lebih 4 juta rakyat Malaysia setiap bulan. Jadi kami mahukan artikel yang bermanfaat dan boleh merangsang otak untuk berfikir — bukan sekadar artikel viral yang kejarkan trafik semata-mata.

Peluang bekerja bersama kami memberi pengalaman berharga untuk anda.  Menemuramah selebriti tempatan mahupun antarabangsa dan tokoh terkenal merupakan sebahagian dari skop kerja kami. Anda mungkin akan ditugaskan untuk membuat liputan acara-acara hebat dalam negara, dari pelancaran produk berjenama hinggalah konsert artis popular.

Adakah anda sudah menemui kerjaya yang diidamkan? Sertai kami!

Skop Pekerjaan

  • Memantau isu semasa berlaku dalam dan luar negara
  • Mempunyai kreativiti untuk menghasilkan penulisan yang trending
  • Mencapai jumlah target pembaca yang ditetapkan

Kriteria

Peka dengan isu semasa di Facebook, Instagram, Twitter dan TikTok.

  • Boleh menulis Bahasa Melayu dengan baik.
  • Tahu serba sedikit tentang SEO yang membantu performa jumlah pembaca bagi penulisan anda.
  • Boleh berkomunikasi dalam Bahasa Inggeris merupakan satu kelebihan
  • Fress Grad amat dialu-alukan.

Kepada yang berminat, hantarkan CV dan Resume lengkap anda kepada kami.

Hanya calon yang disenarai pendek akan dimaklumkan.

Business Unit: Diva.my Murai MY
Job Category: Editorial
Job Location: Mid Valley City

Apply for this position

Allowed Type(s): .pdf, .doc, .docx